Blogger Layouts

Sunday 23 September 2012

Hati

ble mana hati ini terdetik kata sayang, tiada lagi yang boleh menghalang.
ble mana hati ini terdetik kata rindu, tiada lagi kata-kata yang lebih utuh drpdnya
ble mana hati ini terdetik kata benci, tiada lagi yang dpt mengubati.

mengapa ini terjadi?
hati ini menantikan seseorg yang dpt mengubati kesemua penyakit itu,
tapi, siapakah yang sanggup?

aku tidak mengerti, jahat sungguh hati ini, yang menginiginkan..
orang setampan Yusuf, sedangkan diri tidak secantik Zulaikha.
cinta seutuh Balqis, sedangkan diri tidak sehebat Sulaiman
orang sesempurna Muhammad, sedangkan hati tidak sesuci Khadijah

seharusnya diriku menjadi seperti..
Rabiautul Adawiyah yang mencintai kekasihnya (ALLAH) sepenuh hati,
Sumayyah yang sanggup mengadaikan nyawa demi cintanya kepada agama,
sungguhpun begitu, diriku ini bukanlah sesempurna mana,
tidak juga sebaik dan setaat Fatimah,
diriku ini hanyalah makhluk biasa yang mendambakan cinta dari seorg insan bergelar lelaki,
yang masih mencari dan akan terus mencari...

Kawan..

Assalamualaikum...

Setelah sekian lame, baru tergerak hati untuk menjegah..
Pejam celik, pejam celik, dah nak habis sem 3 dah.. minggu depan (1/10) dah start exam.. Tak sedar masa berlalu dengan pantas.. Dalam tempoh tu, mcm2 dah berlaku.. Mengajar sye erti kesabaran, ketabahan dan menghargai sebuah persahabatan.

Kawan yang sejati tak akan tinggalkn kte walau dalam apa jua keadaan. Buruk baik kite die akan terima. Kesilapan kite die akan tegur, tiap kali ade masalah, die lah tempat kite mengadu dan kite akan dengar nasihat dan kata perangsang dari die.

Perlu ke kite berubah demi seseorang? Perlu ke kite berpura-pura baik depan seseorang atas sebab die tak suke perangai kite?

Setiap orang ade buruk baiknye.. kenapa kite perlu benci die disebabkan perangai buruk die? Memanglah orang cakap kawan mencermikan diri kite, tp smpai ble kite nk biarkan orang2 sebegini hanyut dengan dunia mereka? kite sebagai kawan haruslah menerima mereka seadanya, terima buruk baik mereka, kerna, kite jua ade buruk baiknya..

Kenapa kite harus mengritik orang lain sedangkan diri kite jua tidak sesempurna mana? Ya, orang cakap kne tegur jika kawan kite buat salah, tp bkn dengan cara mengritik.. Untuk menegur ade caranya, bkn teguran yang akan menjatuhkan seseorang tetapi teguran yang membagun, yang akan merubah seseorang kepada yang lebih baik..



P/S : mengarut sikit malam nie.. otak beserabut disebabkan kawan n study.. 

Tuesday 5 June 2012

Kembali...

Assalamualaikum w.b.t,
Sudah lama rasanya sya tidak mencoret di sini..
Coretan kali ini berkisar tentang pemergian orang yang tersayang buat selama-lamanya...




Setiap pertemuan ada perpisahan,
Setiap yang hidup, pasti mati,
Setiap kejadian, ada hikmahnya..




Mungkin sya tidak mengerti rasa sebenarnya pemergian insan yang disayangi buat selama-lamanya. Tapi sya sedar rasa itu pasti akan datang kerna itulah perjanjian Allah buat hambanya. Kembali padaNya.. Kesedihan yang sya rasa tidak sama dengan kesedihan yang mereka tanggung. Tapi percayalah, hati ini jua turut merasakan kesedihan yang dialami oleh seorang sahabat apabila mereka kehilangan insan yang disayangi dan menyayangi mereka..


Nursyazwani Jaafar (tudung putih)
                  Pemergian ayah beliau menyedarkan sya agar terus               menghargai kehadiran seorang ayah..


Norhaniza Md Salleh
     Pemergian abang beliau beberapa bulan yang lalu mengejutkan  dan meyedarkan sya kematian tidak mengenal usia..


Kesedihan mereka menjadikan hati ini sebak, mendengar rintihan mereka menjadikan mata mula bergenang, melihat ketabahan mereka menjadikan diri ini bangga dengan mereka yang mampu menempuh dugaan ini dengan sabar dan melihat mereka kembali tersenyum membuatkan bibir mula mengukir senyuman.. 






Al-Fatihah buat ayah kepada Nursyazwani; En.Jaafar dan abang kepada Norhaniza; Muhammad Shahrizal Salleh..

Tuesday 17 January 2012

Wanita

Assalamualaikum..
Sudah terlalu lama diriku tidak menulis entry.. Sibuk yang teramat..

Entry kali ini berkisarkan tentang seorang wanita..


Tahukah wahai kaum Adam, saat terpenting dan terindah yang diimpikan setiap wanita?

1.Saat dikau melamar mereka. Melamar mereka menjadi suri hidupmu, berjanji sehidup semati serta berani memikul tanggungjawab di atas jalinan yang direstui..

2. Saat mereka dikhabarkan akan menjadi seorang ibu. Anak menjadi bukti kasih sayang terjalin antara dikau dan mereka. Melahirkan zuriat darimu merupakan kebanggaan seorang wanita yang bergelar isteri..

3. Saat mengetahui kejayaanmu dan kejayaan anak. Kejayaanmu dan kejayaan anak yang dikandung selama 9bulan merupakan kejayaan mereka juga. "disebalik kejayaan lelaki, ada wanita"


Tahukah wahai kaum Adam, saat terpahit yang amat ingin dielakkan setiap wanita?

1. Saat kaummu menghina dan menjatuhkan maruah mereka walau dengan apa cara sekali pun..

2. Saat dikau mengutarakan ingin mencari wanita lain "Poligami".. Tiada wanita yang ingin bermadu..

3. Saat dikau menjadikan badan mereka tempat untuk melepaskan geram.


Wanita yang solehah mengimpikan seorang lelaki yang:

1. Mampu membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah

2. Mampu menjadi iman dalam setiap acara. (solat, majlis tahlil & etc)

3. Mampu menegur mereka jika mereka melakukan perbuatan yang melanggar hukum syarak.

4. Menyanyangi mereka sepenuh hati.

5. Sentiasa memberi dorongan dan sokongan terhadap apa yang mereka lakukan sekiranya tidak melanggar hukum syarak.



P/S: entry kali ini tidak membawa maksud apa-apa.. Hanya luahan idea yang tiba-tiba menjengah..