Blogger Layouts

Tuesday 17 January 2012

Wanita

Assalamualaikum..
Sudah terlalu lama diriku tidak menulis entry.. Sibuk yang teramat..

Entry kali ini berkisarkan tentang seorang wanita..


Tahukah wahai kaum Adam, saat terpenting dan terindah yang diimpikan setiap wanita?

1.Saat dikau melamar mereka. Melamar mereka menjadi suri hidupmu, berjanji sehidup semati serta berani memikul tanggungjawab di atas jalinan yang direstui..

2. Saat mereka dikhabarkan akan menjadi seorang ibu. Anak menjadi bukti kasih sayang terjalin antara dikau dan mereka. Melahirkan zuriat darimu merupakan kebanggaan seorang wanita yang bergelar isteri..

3. Saat mengetahui kejayaanmu dan kejayaan anak. Kejayaanmu dan kejayaan anak yang dikandung selama 9bulan merupakan kejayaan mereka juga. "disebalik kejayaan lelaki, ada wanita"


Tahukah wahai kaum Adam, saat terpahit yang amat ingin dielakkan setiap wanita?

1. Saat kaummu menghina dan menjatuhkan maruah mereka walau dengan apa cara sekali pun..

2. Saat dikau mengutarakan ingin mencari wanita lain "Poligami".. Tiada wanita yang ingin bermadu..

3. Saat dikau menjadikan badan mereka tempat untuk melepaskan geram.


Wanita yang solehah mengimpikan seorang lelaki yang:

1. Mampu membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah

2. Mampu menjadi iman dalam setiap acara. (solat, majlis tahlil & etc)

3. Mampu menegur mereka jika mereka melakukan perbuatan yang melanggar hukum syarak.

4. Menyanyangi mereka sepenuh hati.

5. Sentiasa memberi dorongan dan sokongan terhadap apa yang mereka lakukan sekiranya tidak melanggar hukum syarak.



P/S: entry kali ini tidak membawa maksud apa-apa.. Hanya luahan idea yang tiba-tiba menjengah..