Blogger Layouts

Tuesday 30 August 2011

SelaMaT MenyaMbut EiduL fitri...


Selamat Hari Raya..

Dulu2, time budak2, orang selalu kate.."puase xpenuh, xleh raye"...
Skrg? puase xpenuh pon (perempuan la..) , boleh raye!!!

Dulu2, time budak2, orang selalu bagi duit raye, katenyer "tok budak2 jerk"
Skrg? dh beso pon still dpt duit raye!!!

Dulu2, time budak2, xleh main bunga api, katenyer "budak2, bahaya men bunga api"
Skrg? dh beso pon still xleh men bunga api!! :) 
(karang kata buat tabiat, dh beso2 pon still men)

Tp xper la, dulu ker, sekarang ker, same jerk..
Cuma yang bezayer, dulu kecik ag, skrg dh beso dah...

Apa2 pon,
Mohon ampun dan maaf, zahir dan batin, andai terkasar bahasa dan tersalah bicara..
Sye hanyalah insan biasa yang kerdil dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan tanpa disedari..

Dihari yang mulia ini, ko susun 10 jari (macam lagu la pulak..)... :)
Mohon jasa baik anda semua, mengampunkan dosa2 sye pada anda semua,
kite 0-0 yerk...


Friday 26 August 2011

#2 Rooms...








love green very much!

Saturday 20 August 2011

#1 Rooms

14 bedroom design for girls
Rooms for girls....

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

Choose your favourite design...

Friday 19 August 2011

Aq tidak mengerti......


Bismillah...

Aq tidak mengerti,
Masih adakah insan didunia ini yang berkawan semata untuk mendapatkn sesuatu?
Adakah aq yang buta atau tersalah pandang?
Atau, adakah aq yang suka berperasangka?

Aq tidak mengerti,
Mengapa masih ada insan yang sukar berterima kasih?
Adakah aq yang terlalu mengharap?
Atau, telingaku sudah pekak?

Aq tidak mengerti,
Betapa susahnya menyebut perkataan 'sorry'..
Sehinggakan, masih ada yang berhidung tinggi..
Atau Ego mereka yang mengatasi..

Aq tidak mengerti,
Mengapa masih wujudnya insan yang suka mengungkapkan kata dusta?
Adakah aq yang terlalu naif sehingga mudah ditipu?
Atau, hatiku mudah mempercayai seseorang?

Aq tidak mengerti,
Masih wujudkah cinta sejati?
Yang sering diucapkan oleh setiap lelaki,
Untuk mencairkan hati seorang wanita yang berhati suci..

Aq sungguh tidak mengerti,
Apakah hukum ALLAH itu terlalu ringan,
Sehinggakan dibulan Mulia ini,
Masih ada yang berbuat maksiat, berpegangan tangan, berdua-duaan sehingga larut malam,
Atau adakah aq yang terlalu naif tentang itu.. Tidak!!
Hukum ALLAH tidak boleh diamik ringan..

Wahai saudara seagama denganku,
Sedarlah,
Masih ada orang disekeliling kita yang sentiasa memerhati,
Apa hak kita untuk mengatakan mereka menjaga tepi kain orang,
Sedangkan kita yang tidak reti menjaga kain sendiri..
Itulah kewajipan mereka yang bergelar MUSLIM & MUSLIMAT..

Sedarlah,
Kita bukan hidup seorang diri di dunia ini,
Setiap perbuatan kita mesti ada batasannya,
Jangan sampai suatu saat, kita hilang segala-galanya yang kita miliki,
Hanya kerana keEGOan kita yang menyebabkan hati seorang insan yang kita sayangnterluka..

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku & saudara seISLAMku...



P/S: buat renungan kita bersama..



Wednesday 10 August 2011



Aurat Kami. Aurat Kaum Hawa.
Sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan yg buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.. terbaca ini di internet, jadi saya cuma berniat utk kongsi, sy mohon ampun dari Allah S.W.T. seandainya sumber2 yg dinyatakan di sini salah…

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban). 

4. Dada
-“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-‘Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari). 

7. Tangan
-“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi). 

9. Mulut (suara)
-“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah). 

11. Pakaian
-“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59). 

12. Rambut
-“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



 COPY dr tumbler...



Saturday 6 August 2011

RamaDhaN



Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua... sedar x sedar, Ramadhan dh nk habis Fasa 1 dh... Arini, puasa ke-6
Sempena bulan puasa yang Barakah ni, marilah kte sme2 tingkatkan amalan, kurangkan perkara yang dilarang dan sia2.

Jangan lupa!

2.5% uh,...

malam yang terbaik antara 1000 bulan

malam Lailatul Qadar


Jangan lupa sedekah juga :)

Buah pon boleh, xsemestinya duit

sedekah pada yang memerlukan


Baby pon nk bce...


Bertadarus lah...
Marilah kite sama2 melakukan perkara2 di atas..

Katakan TIDAK bukan pada bulan Ramadhan jerk..


Rokok!!! TIDAK


Rempit, membunuh diri nie namanyer...


cool x moto nie? tp tetap xleh merempit...

Oklah... setakat tu jer erk...
Marilah kite sesame mengimarakan dan menghidupkan Bulan Ramadhan ini..
SELAMAT BERAMAL!






Wednesday 3 August 2011

BerSyukUrlah...

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa...



Bersyukurlah kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kte masih lagi hidup sehingga kini.. Masih boleh menghirup udara, Masih boleh bersuara, Masih boleh mendengar dan Masih boleh hidup seperti biasa.

Bersyukurlah kehadrat Illahi kerana dengan izin NYA, kte Masih lagi boleh menjalani ibadah puasa, kte Masih boleh berjalan dan menikmati hidangan berbuka.

"Aku bersyukur pada-Mu YA ALLAH kerana masih mengizinkan aq manjalani hidup seperti biasa"

Sye pernah berfikir, knpe sye dapat course ni? (akaun) sedangkan time sekolah dulu sye amik Biology..
Sye pernah berfikir, knpe sye xdapat 1 U dengan kawan baik sye, sedangkan 2 org kawan baik sye 1 U.
Sye pernah berfikir, knpe sye masih detemukan dengan org yg "sebegini" sedangkan dulu sye memang ingat dah terlepas dengan orang yang "sebegini". pas habis sekolah.
Sye pernah berfikir, knpe ALLAH tetapkan semua ni? Apakah disebalik setiap ketentuan nie?

Tp, masalahnya sekarang, sye xpernah bersyukur di stiap kejadian yang terjadi..
Sepatutnya sye besyukur dan terima ketentuan NYA dengan redha. Percaya stiap kejadian dan ketentuanNya pasti ada kebaikan dan kekurangan, mungkin bukan sekarang tp nanti kte akan tahu juga sebab musabab setiap ketentuanNYA..

Pasal Course uh, sye masih xjmpe mngape dan kenapa sye dpt course nie, mybe sbb math kot, ntah la, sye masih belum menjumpai reason yang sebenarnya.
Pasal xdpt sme U dengan kawan baik sye, mungkin sebab xnk sye sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Salah seorg kawan sye, hm, agak mengecewakan sye, sye xtahu knpe, mybe this is 1 reason why i'm not there, with them.(sory kalau sesape yang terasa)
Pasal ditemukan dengan orang "sebegini" tu, hm, mungkin ALLAH nak sye bimbing die, tp, sye tidaklah sebagus mana untuk membimbing sesorg, sye pon masih belum elok dr pelbagai sudut. Dulu, sye ada dktemukan dengan orang "sebegini" juga, Alhamdulillah, sye masih boleh kawal die, tp xtau lah pulak sekarang nie mcm mana kan.. Jika benarlah, mohon agar diberikan kekuatan dan kesabaran.

And one more things, i really miss my friends, Of coarse i have made new friends here, but there is something different about them, ( what i expect).. Of coarse they were different because people does not same.

Tp xpe, sye harus kuat mengahadapi khidupan ini, lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap kehidupan pasti ada kematian,

For all my new friends, sorry,
Kalau sye nie bising,
Kalau sye nie suka mengarah,
Kalau perbuatan sye menjengkelkan,
Kalau sye nie tegur korang tp sndiri pon buat bende yang sme,
Kalau sye nie macam MAK NENEK,
Kalau selama nie, sye ada sakitkan hati korang,
Kalau setiap yang keluar dari mulut, setiap perbuatan, setiap mimik muka sye menguris hati korang walaupun sedikit,
Kalau terdetik di hati nie tentang yang xbaik tentang korang.
Kalau terdetik di hati korang "menyampah tol la dengan die nie"

Sye tahu, sye sedar, tu semua salah sye,
sye yang menyebabkan korang dpt dosa kering (mengumpat, bersangka buruk, mengutuk)
sye yang menyebabkan hati korang sakit,
sye yang menyebabkan korang hipokrit depan sye,

Sye mohon maaf sekali lagi,
Sye hanyalah manusia biasa yang memerluakn pertolangan korang smue,
Sye xkesah kalau korang tegur kesalahan sye (I.ALLAH).. mungkin sye akan terasa, tp I.ALLAH, lama2 sye akan terima jugak, percayalah kerana setiap kritikan itulah yang akan membangunkan seseorang dan setiap pujian itulah yang akan menjatuhakan seseorang.
Sye bukan xnak dipuji, tipulah kan, tp, sekadar yang perlu cukuplah, xpayah nak lebih-lebih erk.. (org dah puji x bersyukur pulak)
Sye harap, korang smue dapat membantu sye tok membetulkan apa yang perlu, dan menyingkirkan apa yang xperlu.
i hope, you all can accept whatever i'm...

"Alhamdulillah YA ALLAH, KAU kurniakan daku sahabat susah dan senang, sahabat yang memahami dan sentiasa memberi dorongan buatku, sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalan MU, aku mohon YA ALLAH, lindungilah sahabat2 ku dan kaum keluarga mereka serta kaum keluarga ku..."
AMIN~



Monday 1 August 2011

RamaDhan Yang PerTAma...

Assalamualaikum..

Hari ini dh masuk puase yang ke-2.. (mcm xpercye jerk..)
Alhamdulillah, smlm dpt puase, tadarus dengan roomate, pas uh, bleh solat jemaah maghrib ag..
Seronok!
Moga perkara ini boleh berlarutan smpai ke akhir Ramadhan..
Cuma sye rse kesal ckit sebab xdpt solat Tarawih secara berjemaah, mcm dulu..

Argh, kalau nak dibandingkan dengan time sek, mmg x sme lah kan..
Mana boleh diganti moment yang sangat berharga itu,
Sahur, puasa, solat jemaah, bukak puasa, tarawih.. pas uh, niat puasa pon sesama, dlm bentuk lagu lagi.
Apatah lagi, time xleh puasa, mcmmana kteorg rushing nk mkn tgh hari time org puasa solat jemaah dekat musolla, yelah, walaupon dibnrkan xpuase, xkan nk mkn depan orang puasa kot, kne hormat diaorg juga.. So, memang seronok time uh,

Hm, oklah, nie sje lah yang mampu sye coretkan.
Subuh dah masuk, pagi nie kelas kol 8.00, so kne g siap2..
Owh yerk, lpe nk ckp, ptg nie, sye ngan kengkawan ade ujian Kawad, doakan yerk.. moge2 lulus n kuat semangat coz tau lah, kawad bln puasa nie mcmmana erk...

Sekian dulu dari sye, 
Terima kasih kerana sudi membaca..
Wasalam...