Bismillah...
Aq tidak mengerti,
Masih adakah insan didunia ini yang berkawan semata untuk mendapatkn sesuatu?
Adakah aq yang buta atau tersalah pandang?
Atau, adakah aq yang suka berperasangka?
Aq tidak mengerti,
Mengapa masih ada insan yang sukar berterima kasih?
Adakah aq yang terlalu mengharap?
Atau, telingaku sudah pekak?
Aq tidak mengerti,
Betapa susahnya menyebut perkataan 'sorry'..
Sehinggakan, masih ada yang berhidung tinggi..
Atau Ego mereka yang mengatasi..
Aq tidak mengerti,
Mengapa masih wujudnya insan yang suka mengungkapkan kata dusta?
Adakah aq yang terlalu naif sehingga mudah ditipu?
Atau, hatiku mudah mempercayai seseorang?
Aq tidak mengerti,
Masih wujudkah cinta sejati?
Yang sering diucapkan oleh setiap lelaki,
Untuk mencairkan hati seorang wanita yang berhati suci..
Aq sungguh tidak mengerti,
Apakah hukum ALLAH itu terlalu ringan,
Sehinggakan dibulan Mulia ini,
Masih ada yang berbuat maksiat, berpegangan tangan, berdua-duaan sehingga larut malam,
Atau adakah aq yang terlalu naif tentang itu.. Tidak!!
Hukum ALLAH tidak boleh diamik ringan..
Wahai saudara seagama denganku,
Sedarlah,
Masih ada orang disekeliling kita yang sentiasa memerhati,
Apa hak kita untuk mengatakan mereka menjaga tepi kain orang,
Sedangkan kita yang tidak reti menjaga kain sendiri..
Itulah kewajipan mereka yang bergelar MUSLIM & MUSLIMAT..
Sedarlah,
Kita bukan hidup seorang diri di dunia ini,
Setiap perbuatan kita mesti ada batasannya,
Jangan sampai suatu saat, kita hilang segala-galanya yang kita miliki,
Hanya kerana keEGOan kita yang menyebabkan hati seorang insan yang kita sayangnterluka..
Sedarlah wahai sahabat-sahabatku & saudara seISLAMku...
P/S: buat renungan kita bersama..
0 kritikan:
Post a Comment