Blogger Layouts

Friday, 17 June 2011

BUAT KAUM HAWA!

Assalamualaikum...

Hawa adalah hiasan dunia yang paling indah.
Tahukah anda semua bahawa kaum hawa adalah penghuni neraka yang paling ramai?
Jika anda tahu, adakah anda tahu sebabnya?

tekan untuk mengetahui dengan lebih lanjut


Salah satu sebabnya adalah kerana kaum hawa kini tidak peduli dengan hukum agama, bukan semua, tapi segelintir daripada kaum hawa. Ya, memang benar mereka menutup *aurat. Akan tetapi, adakah mereka menjaganya?

*menutup keseluruh muka kecuali muka dan kedua tangan

Tahukah anda sekalian, agama menyuruh kita menjaga aurat, bukan hanya menutup aurat. Apa yang sye maksudkan di sini adalah....
tutup semua, tapi pakaian ketat, tudung atas dada
dan tidak pakai stokin

pakai tudung, tapi bersanggul dan ketat di leher

perkara yang sering diamalkan oleh kaum hawa







Aurat :
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.(Tudung kepala yang lazim dipakai oleh wanita Melayu dewasa ini dipanggil “mindeel” dalam bahasa Arab. Perkataan ini tidak disebut di dalam al-Qur’an. Kalimat yang disebut di dalam ayat di atas, 24:31, ialah “khumur”.)

mungkin segelintir tidak tahu, sanggul itu adalah haram


tudung yang ketat dileher juga adalah haram kerana menyerupai agama kristian. 


kan lebih manis dan molek kalau anda berpakaian seperti ini





Agama tidak melarang anda berfesyen, asal menutup segala yang diperintahkan sudah mencukupi.

tidak perlu berpakaian seperti ini.
cukuplah menutup yang sepatutnya

Apa anda fikir jika anda berpakaian seksi lelaki akan lebih tertarik?
setiap lelaki menginginkan gadis yang menjadi suri hidup mereka tergolong dalam kalangan wanita yang baik.
Tidak semestinya anda perlu berpakaian menjolok mata untuk menarik perhatian lelaki.
Ya, memang tidak dapat dinafikan lelaki tertarik dengan kecantikan, tetapi, adakah lelaki yang sebegitu rupa tergolong dari golongan yang baik?
Tidakah menjadi satu impian memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab?

luahan seorang lelaki

Percayalah, sebagaimana kita menginginkan lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.
Tuntutan agama memang mempunyai sebab yang munasabah.


Akhir kata, peliharalah akhlak dan aurat mu,, peringatan buat diri sye juga, insan yang lemah..
Sama-samalah kite mewarnai kehidupan kita untuk menuju syurga Allah Yang Maha Esa.

wasalam

0 kritikan: