Blogger Layouts

Thursday, 13 October 2011

Assalamualaikum...
Di sini, sye memohon maaf kalo entry2 sye ade mnguriskn hati mane2 pihak, itu hnyalah luahan hati insan yang kerdil ini.. Kesalahan manusia dengan Allah, kita boleh bertaubat, tp jika ada kesalahan sesama manusia, hanya manusia itu sahaja boleh memaafkan kita, jika tidak, sampai mati kita akan bawa dosa tersebut. Sedangkan Rasulullah, yang suci dari segala dosa pon mengampunkan umatnya, inikan kita yang hanya insan kerdil yang sering bergelumang dengan dosa dan maksiat. Entry kali ini bukanlah sekadar memohon maaf, tp hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang perihal manusia disekeliling.

Pernakah anda terdengar orang disekeliling anda bercerita tentang keindahan hidup orang lain? atau anda sendiri yang terfikir? Ya, sye memang akui, kita sebagai manusia tidak pernah puas dengan kehidupan masing2 bukan? well, sye pon begitu, kadang2 terfikir, kalaulah sye dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya, mesti bestkn..adakah anda pernah terfikir begitu jua? tp, kini sye sedar, kehidupan yang kaya raya tidak menjanjikn apa2, ya, mungkin kita terfikir seronoknya kehidupan mereka, apa yang mereka mahukan, semuanya akan termakbul bukan.. Hm, tapi, pernahkah kita terfikir disebalik kegembiraan mereka, ada terselit sedikit kesepian? mungkin, ruang masa mereka bersama keluarga yang sedikit menyebabkan mereka terasa terabai, atau bosan. cbe kita bandingkan dengan kehidupan kita sekarang, boleh berbual dengan family, bergaduh dengan adik beradik, makan dengan keluarga walaupun hanya waktu malam, Ya, benda sebeginilah yang dicemburui oleh kawan2 kita yang hidup dalam kehidupan yang mewah. Mereka mendambakan perhatian keluarga yang selama ini kita perolehi. Betapa tidak bersyukurnya kita kerana mengimpikan kehidupan lain selain yang telah ditetapkan oleh Allah, yup, memang betul kata orang, setiap sesuatu kebaikan atau kelebihan, pasti ada sedikit kekurangan. Bak kata orang putih, nothing's perfect..


Perkara ini terjadi dalam hidup sye, orang pernah bertanya pada sye, "ayah kau kerje pe erk?".. " ayah aq bwk orang pergi umrah n haji".. hm, nk tau x diorang cakap per?... "wow, mesti best an".. Ya Rabbi, ayah sye pergi bekerja lah, bukan bercuti. Best? best ker kalau tiap2 cuti sekolah, korang teperap dekat rumah, tak pergi mana2 macam budak sekolah yang lain? Hm, tu semua fikiran sye masa sye kecil, alangkah bagusnya kalau ayah kerja macam orang lain.. Argh, tp tu dulu yerk, sekarang dah besar, dah boleh fikir. Ya, memang lah kiteorg x pergi mana2 time cuti sekolah, tp, kalau ayah x kerja tuh, adakah kami sekeluarga dapat menjalankan kehidupan harian seperti sekarang nie? cukup semuanya. Apa yang kiteorg nk, I.ALLAH dapat selagi benda tuh membawa kebaikan dan keperluan.. kalau setakat nk pergi bercuti uh, xyah pergi time cuti panjang, time cuti pape pon boleh, buktinya, tahun lepas kiteorg pergi Bandung time cuti per ntah, sye pon xingat. hehhehe.. :)


 Hm, apa yang sye nk buktikan di sini, kadang2, kita rase kehidupan kita x menyeronokkn, tp sebenarnya, kehidupan itu akan nampak lebih menarik jika kita fikirkannya dengan cara yang berbeza. Setiap yang terjadi dalam hidup kita, telah ditetapkan oleh Allah, dan setiap perkara itu, pasti ada keistimewaannya yang tersendiri, terpulanglah pada kita sendiri sama ada hendak atau tidak mencari keistimewaan tersebut.




0 kritikan: