Blogger Layouts

Tuesday, 30 August 2011

SelaMaT MenyaMbut EiduL fitri...


Selamat Hari Raya..

Dulu2, time budak2, orang selalu kate.."puase xpenuh, xleh raye"...
Skrg? puase xpenuh pon (perempuan la..) , boleh raye!!!

Dulu2, time budak2, orang selalu bagi duit raye, katenyer "tok budak2 jerk"
Skrg? dh beso pon still dpt duit raye!!!

Dulu2, time budak2, xleh main bunga api, katenyer "budak2, bahaya men bunga api"
Skrg? dh beso pon still xleh men bunga api!! :) 
(karang kata buat tabiat, dh beso2 pon still men)

Tp xper la, dulu ker, sekarang ker, same jerk..
Cuma yang bezayer, dulu kecik ag, skrg dh beso dah...

Apa2 pon,
Mohon ampun dan maaf, zahir dan batin, andai terkasar bahasa dan tersalah bicara..
Sye hanyalah insan biasa yang kerdil dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan tanpa disedari..

Dihari yang mulia ini, ko susun 10 jari (macam lagu la pulak..)... :)
Mohon jasa baik anda semua, mengampunkan dosa2 sye pada anda semua,
kite 0-0 yerk...


Friday, 26 August 2011

#2 Rooms...








love green very much!

Saturday, 20 August 2011

#1 Rooms

14 bedroom design for girls
Rooms for girls....

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

Choose your favourite design...

Friday, 19 August 2011

Aq tidak mengerti......


Bismillah...

Aq tidak mengerti,
Masih adakah insan didunia ini yang berkawan semata untuk mendapatkn sesuatu?
Adakah aq yang buta atau tersalah pandang?
Atau, adakah aq yang suka berperasangka?

Aq tidak mengerti,
Mengapa masih ada insan yang sukar berterima kasih?
Adakah aq yang terlalu mengharap?
Atau, telingaku sudah pekak?

Aq tidak mengerti,
Betapa susahnya menyebut perkataan 'sorry'..
Sehinggakan, masih ada yang berhidung tinggi..
Atau Ego mereka yang mengatasi..

Aq tidak mengerti,
Mengapa masih wujudnya insan yang suka mengungkapkan kata dusta?
Adakah aq yang terlalu naif sehingga mudah ditipu?
Atau, hatiku mudah mempercayai seseorang?

Aq tidak mengerti,
Masih wujudkah cinta sejati?
Yang sering diucapkan oleh setiap lelaki,
Untuk mencairkan hati seorang wanita yang berhati suci..

Aq sungguh tidak mengerti,
Apakah hukum ALLAH itu terlalu ringan,
Sehinggakan dibulan Mulia ini,
Masih ada yang berbuat maksiat, berpegangan tangan, berdua-duaan sehingga larut malam,
Atau adakah aq yang terlalu naif tentang itu.. Tidak!!
Hukum ALLAH tidak boleh diamik ringan..

Wahai saudara seagama denganku,
Sedarlah,
Masih ada orang disekeliling kita yang sentiasa memerhati,
Apa hak kita untuk mengatakan mereka menjaga tepi kain orang,
Sedangkan kita yang tidak reti menjaga kain sendiri..
Itulah kewajipan mereka yang bergelar MUSLIM & MUSLIMAT..

Sedarlah,
Kita bukan hidup seorang diri di dunia ini,
Setiap perbuatan kita mesti ada batasannya,
Jangan sampai suatu saat, kita hilang segala-galanya yang kita miliki,
Hanya kerana keEGOan kita yang menyebabkan hati seorang insan yang kita sayangnterluka..

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku & saudara seISLAMku...



P/S: buat renungan kita bersama..



Wednesday, 10 August 2011



Aurat Kami. Aurat Kaum Hawa.
Sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan yg buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.. terbaca ini di internet, jadi saya cuma berniat utk kongsi, sy mohon ampun dari Allah S.W.T. seandainya sumber2 yg dinyatakan di sini salah…

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban). 

4. Dada
-“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-‘Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari). 

7. Tangan
-“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi). 

9. Mulut (suara)
-“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah). 

11. Pakaian
-“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59). 

12. Rambut
-“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



 COPY dr tumbler...